-
Peristiwa: Adnan telah dituduh sebagai
pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi tali barut kepada
Inggeris ketika moyangnya telah menjadi orang buruan Inggeris
Penyelesaian: Adnan sabar dengan lekehan rakan-rakannya dengan tidak menghiraukan
tempelak rakan-rakan sekampungnya itu.
-
Peristiwa:
Budin daripada pasukan Kampung Sungai Merap tidak berpuas hati kerana
kekalahan di tangan pasukan Kampung Sungai Ramal Mereka mengatur pula
perlawanan tinju antara kedua-dua pasukan. Budin akan bertinju dengan Adnan.
Penyelesaian: Budin dan Adnan bersepakat untuk tidak meneruskan perlawanan tinju itu
dan mereka menjadi sahabat.
-
Peristiwa:
Pertempuran Batalion Kedua Askar Melayu dengan pendaratan askar Jepun di
Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Askar Jepun telah ditentang hebat
oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British. Pada hari kedua,
kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan menyebabkan banyak yang
terkorban dan banyak askar India British melarikan diri.
Penyelesaian: Semangat
Leftenan Adnan tidak berputus asa lalu bertahan dan berjaya menggagalkan
askar Jepun tetapi pada hari ketiga askar Melayu yang bertempur terpaksa
berundur. Askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan.
-
Peristiwa:
Konflik berlaku di antara askar Melayu dengan tentera Jepun pada masa
terakhir Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata
semangat kepada anak-anak buahnya. Walaupun mereka semakin kehabisan peluru
sedangkan asakan tentera Jepun semakin bertambah.
Penyelesaian: Semangat askar Melayu tidak pernah berkurang dan terus berjuang
mempertahankan diri dan maruah negara.
|
- Peristiwa: Ibu bapa Waheeda tidak membenarkan dia
melakukan pembedahan kerana menyalahi hukum agama
Penyelesaian: Waheeda melakukan pembedahan setelah dicakar oleh Beruk Belanda atas
cadangan doktor.
-
Peristiwa:
doktor Zahari sering ke rumah sewaan Bazilah untuk berbual-bual dengan
Waheeda sedangkan Bazilah sibuk menyiapkan tesisnya.
Penyelesaian: Waheeda berpindah ke Flaminggo resort untuk mengelakkan hubungannya
dengan Bazilah renggang.
-
Peristiwa:
Zahid tidak percaya bahawa Izzati ialah anak kandungnya dan menuduh
Waheeda curang.
Penyelesaian: Waheeda
membuat ujian DNA untuk membuktikan bahawa Izzati anak kandung Zahid tetapi
Zahid tidak melihat keputusan tersebut.
-
Peristiwa:
Waheeda tidak dapat menerima kenyataan yang dia diceraikan oleh Zahid
dengan talak satu.
Penyelesaian: Waheeda menerima rawatan di Hospital PUSRAWI Kuala Lumpur.
|