Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts
Showing posts with label Tatabahasa. Show all posts

Latihan Tatabahasa : Maksud Peribahasa



Beri maksud peribahasa di bawah:

1.    bagai menatang minyak yang penuh
2. bagai ditatang di anak lidah
3. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang
4. pandai menyelam air dangkal
5. timba air mandikan diri
6. yang tegak disokong, yang lemah ditopang
7. bagai duduk dengan cupak dan gantang
8. seduit dibelah tujuh
9. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak
10. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak

1.    Jawapan: Menjaga anak yang dikasihi dengan penuh kasih dan sayang
2.    Jawapan: Orang yang terlalu kasih akan anak dan isterinya.
3.    Jawapan: Orang yang pandai membawa diri, ke mana-mana pun mereka pergi pasti akan selamat.
4.    Jawapan: Orang yang pandai membawa diri
5.    Jawapan: Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain.
6.    Jawapan: Orang kaya dimuliakan manakala orang miskin diberi pertolongan.
7.    Jawapan: Rakyat yang hidup di bawah kepimpinan yang adil.
8.    Jawapan: Pembahagian yang sama rata.
9.    Jawapan: Bijaksana dalam menyelesaikan masalah.
10. Jawapan: Melaksanakan hukuman secara tidak adil.


.

    Contoh Ayat bagi Perkataan Hampir Sama Bunyi :


    Contoh Ayat bagi Perkataan Hampir Sama Bunyi :

    1.    melayukan – Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya.
    ……melayurkan – Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih.
    2. mengibas – Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala.
    ……mengimbas – Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati.
    3. pedalaman – Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya.
    pendalaman – Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi.
    ……
    4. merimaskan – Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar.
    ……meramaskan – beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air mandian.
    5. benteng – Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan Mancister.
    ……beting – Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar.
    6. menuntun – Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan.
    ……menonton – Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen.
    7. pujuk – Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk.
    ……pojok – Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama.
    8. beradat – Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain.
    ……beradab – Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong.
    9. hempas – Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah.
    ……hampas – Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan.
    10. lengan – Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca.
    ……lengang – Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang.
    11. tabik – Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya.
    ……tabib – Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya.
    12. resmi – Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit.
    ……rasmi – Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas.
    13. padan – Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya.
    ……pandan – Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah harum.
    .


      Soalan Latih Tubi Tatabahasa : Kata Adjektif


      Soalan Latih Tubi Tatabahasa : Kata Adjektif

      Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai

      21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya
      petang tadi.
      A menggelupas
      B menggerutu
      C melecur
      D melecet

      22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga
      yang dikupasnya itu.
      A geli
      B haru
      C kelam
      D gundah

      23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa
      kering walaupun berada lama di dalam air.
      A kesat
      B telap
      C telus
      D kalis

      24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah
      lagi hari sudah larut malam .
      A terkilan
      B runsing
      C murung
      D sengsara

      25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .
      A pelik
      B gawat
      C runsing
      D rencam

      26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak
      wangi yang ________ itu .
      A busuk …tengik
      B hanyir… wangi
      C hapak … harum
      D hancing …mersik

      27 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan
      oleh biduanita itu .
      A ghairah
      B asyik
      C tekun
      D leka

      28 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu .
      A becak
      B lembik
      C lembap
      D bengkok

      29 Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.
      A serong
      B bengkok
      C bongkok
      D condong

      30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yang
      datang dari arah bertentangan .
      A jauh
      B cepat
      C dekat
      D nyaris


      .

        Latihan Sistem Bahasa 10 (2) – Soalan Kata Ganda Penuh

        Latihan Sistem Bahasa 10 (2) – Soalan Kata Ganda Penuh 

        Isi tempat kosong denga jawapan yang paling sesuai.


        14 “ ________ dia anak orang kaya, dia tidak mahu berkawan dengan kita,” kata Farid kepada Kelvin.
        A Mentang-mentang C Harap-harap
        B Kadang-kadang D Moga-moga

        15 Cikgu Linda menulis _______ karangan yang perlu dibuat oleh murid-muridnya di papan hitam.
        A gambar-gambar C tajuk-tajuk
        B abjad-abjad D kira-kira

        16 Di dalam cahaya yang ______ itu, dia melihat seseorang cuba membuka pintu pagar rumahnya.
        A sedikit-sedikit C pudar-pudar
        B samar-samar D kelip-kelip

        17 Penyanyi itu menyampaikan lagu yang ______ untuk menghiburkan para penonton.
        A rendah-rendah C terang-terang
        B rancak-rancak D pelik-pelik

        18 Isteri nelayan menjemur ikan di atas ______ yang dibina di halaman rumahnya.
        A papan-papan C para-para
        B ruang-ruang D rak-rak

        19 Tok Guru memilih pesilat yang _____ untuk menyertai pertandingan silat pada bulan hadapan.
        A garang-garang C kasar-kasar
        B lincah-lincah D licin-licin

        20 Qistina tidak mampu membeli pakaian di butik itu kerana semuanya _______.
        A murah-murah C mahal-mahal
        B cantik-cantik D baru-baru

        21 _______ yang ditunjukkan oleh peserta gimrama itu sungguh mengagumkan.
        A Mana-mana C Cara-cara
        B Siapa-siapa D Aksi-aksi

        22 Dalam _______ , rupa-rupanya Adli membeli sebuah rumah banglo untuk keluarganya.
        A dengar-dengar C malu-malu
        B dekat-dekat D diam-diam

        23 Pak Husin memesan air kopi yang _______ apabila dia minum di warung itu.
        A mentah-mentah C pekat-pekat
        B masam-masam D cantik-cantik

        24 Buah-buahan mengandungi _______ yang penting kepada tubuh badan kita.
        A langkah-langkah C ciri-ciri
        B wakil-wakil D zat-zat

        25 _______ yang dijual di pasar borong itu murah dan segar.
        A Buku-buku C Lauk-lauk
        B kuih-kuih D Ikan-ikan

        26 Saya berasa kasihan melihat kebanyakan mangsa peperangan yang ______ itu.
        A kurus-kurus C sihat-sihat
        B bulat-bulat D nipis-nipis


        Jawapan

        14A 15C 16B 17C 18B 19B 20C 21D 22D 23C 24D 25D 26A

        .